Nojoto: Largest Storytelling Platform

New letih roupas Quotes, Status, Photo, Video

Find the Latest Status about letih roupas from top creators only on Nojoto App. Also find trending photos & videos about, letih roupas.

Stories related to letih roupas

    LatestPopularVideo

Megat Syazlee B Mokhtarom

Gelisah Malam, Tangan Letih #poem

read more
memburu beradu yg tak tiba-tiba,
puas ku anyam fikiran agar ia lena,
masih ligat dia, degil dia, keras kepala,
apa yang begitu penting, tidak boleh kau tunggu sampai siang?

bangkit juga aku turutkan kau,
walau nafas deras di belakang bibir,
ialah ,sudah sedar, puas hati kau?
mengelamun  enak juga. ini tidak ini khuatir. 

malam sudah gelap, cari pena x jumpa.
pena mana ada, pena sudah lenyap
sekarang semuanya taip sahaja, 
mudah, cepat. tiada makna, senyap.

Madah kata sebuah lakaran, 
Tidak bertuan? Dinafikan milikan? 
Jarimu mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Hebat juga satira, sandiwara,
Tiada ilham? Ciplak sahaja.

apa yang cuba disusun ini?
Tiada santun,tiada adab, tiada tertib.
perlukah ditulis disini?
hanya irama sama, berderap-derap.

Alang-alang celik, cuba kau ramas dan kau petik,
Buah fikiran, agar akal mula berputik,
Walau dangkal, kau kejar juga, kau bisik,
Seloka kau pikat,  tiup dengan nafas cetek

Kelibat sama diulang-ulang,
gambar sama di ulang tayang.
Macam orang gila, main bayang,
Sudah kalah masih lagi berjuang.

Aduh lemas aku, firasat tidak datang,
Mengah kau kejar, Rintih rintih bertatih,
Kau urut-urut masih kejang,
Tangan kau letih, 

Gelisah malam, tangan letih…
Tari Pendita Gelisah Malam, Tangan Letih

Srikandi Indung

Mungkin kau suka dicari Tapi kakiku letih berlari Mungkin kau senang bersembunyi Namun mataku lelah membayangi Pergilah, Tak perlu kembali

read more
Mungkin kau suka dicari 
Tapi kakiku letih berlari
Mungkin kau senang bersembunyi
Namun mataku lelah membayangi

Pergilah,
Tak perlu kembali
Meski di esok
Rindu telah meninggi Mungkin kau suka dicari 
Tapi kakiku letih berlari
Mungkin kau senang bersembunyi
Namun mataku lelah membayangi

Pergilah,
Tak perlu kembali
loader
Home
Explore
Events
Notification
Profile